masukkan script iklan disini
Ladang Doa Para kyai, mempersembahkan doa untuk memanggil orang jarak jauh,orang yang minggat,orang yang pergi dari rumah segera kembali .
- Lakukan solat hajat ditengah malam selama 3 atau 7 atau 21 malam..
- Selesai solat hajat hadiahkan Alfatihah kepada Baginda Rasulullah SAW, Syeikh Abdul
Qadir Al-Jailani, ibu bapa dan kepada orang yang hilang.
Qadir Al-Jailani, ibu bapa dan kepada orang yang hilang.
- Bacakan ayat ke 31 dari surah Ar Ra'd sebanyak 31 kali.
wajahnya yang hilang.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
وَلَوْ أَنَّ قُرْآنًا سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الْأَرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَىٰ ۗبَلْ لِلَّهِ الْأَمْرُ جَمِيعًا ۗأَفَلَمْ يَيْأَسِ الَّذِينَ آمَنُوا أَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيعًا ۗوَلَا يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُوا تُصِيبُهُمْ بِمَا صَنَعُوا قَارِعَةٌ أَوْ تَحُلُّ قَرِيبًا مِنْ دَارِهِمْ حَتَّىٰ يَأْتِيَ وَعْدُ اللَّهِ ۚإِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Walau
anna qur-anan suyyirat bihiljibalu aw quttiAat bihil-ardu aukullima
bihilmauta ballillahil-amru jami'A ,Aafalam yai-asilladzina
amanu al lau yasha'Allahu lahadan nasa jami'AAan walayazalulladzina
kafaru tusibuhum bimasana'u.. qari'AAatun au tahullu qariban
mindarihim hatta ya'tiya wa'duAllahi innaAllaha la yukhliful mii'ad.
Terjemahannya:
Dan
kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang
terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi
dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya
orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan
kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat.
(Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah),
bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang
beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia
memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka
semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab
kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta
benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat
yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka
gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan
azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Semuga ikhtiar dari kalam Allah SWT adalah jalan yang terbaik. Semuga diizinkan-Nya.
Jazakallahu khairan.