masukkan script iklan disini
Ladang doa -Doa Meluluhkan hati Orang yang Keras Kepala, Surat Taha adalah surat yang ke 20 dalam al-Qur’an. Ia berada pada juz
16. Surat Taha ini memiliki khasiat yang baik sekali untuk
melembutkan hati yang keras terutama
sekali untuk dibacakan kepada anggota keluarga yang keras hati, malas dan sulit
untuk beribadah kepada Allah SWT, misalnya sholat. Dengan 5 ayat dari surat
Taha ini insyaAllah akan berubah wataknya.
Ayat-ayat ini juga bisa diamalkan sebagai ayat pelindung diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Sayyidina
Umar Al-Khattab r.a yang ketika itu beliau
belum memeluk Agama Islam. Hatinya tersentuh oleh kandungan ayat-ayat ini dan
beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad
SAW.
Kita tahu bahwa Umar bin Khattab adalah seorang tokoh
Quraisy yang disegani ketika itu. Beliau sangat keras menentang Nabi ketika
masih kafir.Tapi beliau bertambah berani
sesudah beriman. Sifat berani dan garang ini membuat iblis atau syaitan pun
tidak berani melintas dihadapan beliau dan lari lintang pukang jika berjumpa dengan Sayyidina Umar.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. mulai menyebarkan Islam secara
terang-terangan, Sayyidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat
Quraisy. Sayyidina Umar adalah salah satu yang paling kuat menentang Islam pada
masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Sayyidina Umar dalam
perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang
yang mengatakan bahwa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu sebelum
membunuh Nabi karena adiknya juga telah memeluk Islam.
Sayyidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya
sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul
adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai
balasan beliau akan membaca sedikit ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau merasa
terharu ketika membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah
sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah
Taha yang dibaca oleh beliau.
Setelah peristiwa tersebut, beliau berjanji akan melindungi
Islam hingga tetes darah terakhir. Dia
menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Agustus (633-644) bertepatan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan
salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidin.
Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah menyatakan bahwa Rasulullah SAW berkata:
"Ketika Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan
berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira
dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah menggelarinya
sebagai Al-Faruq kerana dapat membedakan antara perkara yang benar dan bathil. Ketika
ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelar tersebut, Sayyidina Umar
menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya
Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW: "Benar"
Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara
sembunyi ?"
Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua shaf, satu
saya dan satu lagi Sayyidina Hamzah (berjamaah). Maka semua orang kafir Quraisy
melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah
mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW menggelari aku Al-Faruq!
Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu
sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani sholat secara
terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping
itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang
beribadah karena takut kepada Umar.
Bagaimana menggunakan ayat ini sebagai doa melembutkan hatiyang keras?
Taa' Haa. (1)
Ma anzalna AAalayka alqur-analitashqa (2)
Illa tathkiratan liman yakhsha (3)
Tanzeelan mimman khalaqa al-arda wassamawatialAAula (4)
Arrahmanu AAalaalAAarshi istawa (5)
Artinya:
Taa. Haa.
Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad)
supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang
takut yang melanggar perintah Allah.
Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan
langit yang tinggi.
Dialah Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy
.
Bacaan Untuk Anak atau Suami/Istri Yang Tidak
Mau hSolat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan ketika anak atau suami/istri
anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan
sekurang-kurangnya 7 malam ketika mereka sedang tidur nyenyak. Semoga
bermanfaat